Kata Orang Dulu

Share :

Assalamualaikum..

Masyarakat kita amnya Melayu memang kaya dengan pelbagai bidalan yang banyak menunjukkan ragam / norma masyarakat setempat.. Adakalanya bidalan orang lama ni dihasilkan melalui pemerhatian sahaja.. Unik bukan??

orang lama Kata Orang Dulu

Bidalan-bidalan yang dihasilkan oleh orang lama dahulu sememangnya banyak dan indah.. Antaranya yang ingin saya sentuh adalah :

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya :

Fahaman orang dulu : Nak mendidik anak sememangnya dari awal lagi.. Jika tidak dibentuk sejak dari awal, tentunya susah..

Fahaman segelintir orang kita : Buluh yang dah keras memang susah nak dilentur, tetapi rebung memang sedap di buat gulai..

  • Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga :

Fahaman orang dulu : Kerana angkara seorang, semua terlibat sama..

Fahaman segelintir orang kita : Kenapa perlu letak nila dekat dengan susu?

gambar cantik Kata Orang Dulu

Orang dahulu membuat bidalan ini semuanya ada maksud dan tujuannya sendiri.. Dan tujuan yang paling penting adalah memberi kritikan dan menunjukkan rasa protes terhadap sesuatu.. Orang dulu memang tersangat bijak, menggunakan bahasa indah yang dapat menggambarkan sesuatu perkara itu dengan mudah..

Di zaman ini sangat sukar kita jumpa orang yang selalu berkata-kata dengan indah dan puitis seperti orang lama dahulu.. Kalau ada lagi pun mungkin dalam golongan minoriti.. Mungkin juga hanya digunakan dalam proses pembelajaran seperti di sekolah dan universiti..

 

 

 

The following two tabs change content below.
 Kata Orang Dulu
Merupakan Admin bagi Blog CCK.. Blogger yang meminati bidang penulisan, mula aktif blog pada 2012.. Hubungi Saya untuk review, pengiklanan serta lain-lain..
 Kata Orang Dulu

Latest posts by Irwan Alessa (see all)

Comments

  1. says

    orang dulu mudah dengan bahaya tengok sahaja budi mereka mudha kita akan jatuh hati. tapi takut juga kawan-kawan saya banyak orang berumur adeh bahaya gak tersalah gaya bahasa.tapi mereka suka hormat orang apa lagi hati orang yang depa kenal
    suri recently posted..Doa Pengasih Paling MujarabMy Profile

  2. says

    Org sekarang jrg nmpk keistimewaan budaya kita dari aspek bahasa ni abg wan. Lyeen bersyukur dapat study dekat IPG ni sbb seringkali didedahkan dgn budaya kemelayuan. Hari-hari kerja kami mengkaji bahasa dari dulu sampai sekrang. Seronok. Tapi tak tahu kenapa org sekarang malas nak ambik tahu psl bhasa dan budaya kita. Sedih.
    Cik Lyeen recently posted..Soalan Nenek Yang Buat Sentap!My Profile

Trackbacks

Share Your Comments & Feedback:

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing